Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok Dungun. Sejenis pokok yang banyak tubuh di kawasan paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung, Sumatera berdasarkan :
Kebanyakan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari kepulauan Indonesia
Nama kamapung - kampung pada suatu masa dahulu berasal dari kepulauan Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban ,Kampung Gombang dan sebagainya
Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti di perlombongan di Bukit Besi. Bukit Besi berkeluasan 1618 Hektar terletak dalam mukim Besul merupakan " Lombong Bijih Besi Terbuka " di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960 an.
Syarikat yang terlibat Nippon Mining company ( NMC ) Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company ( EMMCO ) . Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970.